Hi,
Beberapa minggu yang lepas, saya terfikir untuk meninjau-ninjau laman sesawang mphbookstore. Kebetulan saya mencari buku menjahit: Panduan membuat pakaian penulisan oleh Mariam Abu Bakar tetapi buku itu out of stock. Jadi saya beli buku menjahit yang lain.
Apa yang bestnya kalau beli online, kita akan mendapat potongan 20% daripada harga buku asal. syok bukan?
Lepas buku menjahit saya selamat sampai ke rumah saya borong lagi buku-buku lain. hihi termasuk buku Reclaim your Heart - Yasmin Mogahed.
Buat masa sekarang saya sedang habiskan sebuah buku agama oleh Ustaz kazim Elias. Tak sabar nak habiskan semua buku yang belum di baca untuk borong buku yang lain pula. hehe
Tapi sebenarnya, pengisian serta pemahaman kita terhadap apa yang di baca itulah penting.
Setelah membaca, insyaAllah kita mendapat ilmu dan selepas itu bolehlah beramal pula. Sebab itu, kita di tuntut untuk mencari ilmu yang berguna dan salah satunya melalui pembacaan buku-buku agama, tafsir al-quran dan juga majalah-majalah Islam. Selain itu, tidak salah jika kita ingin membaca bahan-bahan bacaan yang bukan agama asalkan ianya memberi manfaat yang berguna untuk kita.
Contohnya, buku-buku motivasi dan inspirasi oleh penulis negara luar seperti yang saya ceritakan di entry yang lepas - Unsinkable : Sonia Ricotti.
Saya akui buku ini memberi saya semangat untuk berubah ke arah kebaikan serta berfikiran positif. Kita tidak perlu fikirkan apa yang orang lain fikir pasal kita, kita buat je apa yang kita rasa betul dan baik untuk kita.
No comments:
Post a Comment