Assalamualaikum,
Hi, it's been a while.
saya banyak kali terjumpa ayat "it's been a while" dalam melayari laman sesawang sehari-hari.
Mungkin ayat itu juga sesuai di gunakan untuk saya kerana sudah lama tidak menggerakkan jari jemari untuk melontarkan apa di benak fikiran.
Beberapa minggu lepas, saya membaca sebuah buku mengenai kematian- persediaan sebelum mati. Ini dalam perspektif bukan Islam.
Tetapi, secara jujurnya sepanjang saya cuba menghabiskan buku yang tidak berapa tebal itu saya asyik memikirkan persediaan saya sendiri sebagai seorang Islam sebelum mati!
Tuesdays With Morrie - Sebuah penceritaan jujur sebelum mati.
Mitch sentiasa menemani professornya menghabiskan sisa-sisa hidup terakhir sebelum nafas terakhir. Keakraban seorang bekas guru dan anak didik begitu menggamit jiwa saya malah menerbitkan sedikit rasa cemburu. Saya tidak pernah berpeluang bertukar rasa seperti itu.
Saya menangis tiba-tiba, memikirkan diri sendiri. Hakikatnya masa yang tinggal amat sedikit.
dan saya juga sedih kerana apa yang saya baca itu tidak memihak kepada mereka.
Saya sendiri sedih memikirkan nasib diri saya sendiri.
Maka berdoalah kita semoga hidup dan dimatikan dalam keadaan beriman dan bertuhankan Allah S.W.T.
Itulah tujuan kita hidup, niat kita dan perbuatan semuanya kerana Allah.
Buku ini menceritakan segala yang positif untuk kita ambil cuma kita sebagai orang Islam ada perspektif kita sendiri.
No comments:
Post a Comment