Pesan pada diri
Jangan takut pada perubahan
Rasa diri selamat, mudah makan, mudah minum, tidur nyenyak di jaga keluarga
cuba keluar dari zon selesa
keluar mencari pengalaman baru di kota raya besar merupakan suatu perubahan yang besar.
Kadangkala kita rasa takut untuk cuba sesuatu yang jarang kita lakukan
sebelum ini pergi kerja menaiki motorsikal ke pejabat yang jaraknya hanya sekangkang kera dari rumah.
Tetapi sekarang, keluar rumah sebelum matahari muncul, menunggu bas di pinggir jalan, kemudian menaiki komuter dan akhir sekali LRT.
untuk apa?
Semua kerana sesuap nasi dan harga sebuah pengalaman yang tidak ternilai harganya.
Emosi dan perasaan di letak tepi seketika.
Wajah ibu dan ayah yang sentiasa berharap pulang tersemat di hati. Selalu dan tidak pernah hilang walau sesaat.
Langkah masih terhayun,
Kerana yakin, doa dan restu mereka mengiringi.
Lupakah kita, Restu Yang Maha Esa di raih dari mereka?
Tidak takut pada perubahan.
No comments:
Post a Comment