Tuesday, 20 May 2014

2014 yang awesome!

Akhirnya!

Setelah hampir 12 tahun aku sokong arsenal, 9 tahun arsenal tanpa piala, 2014 adalah pengakhirannya. 

#throwback

masa tu 2001/2002 camtu, zaman thierry henry, dennis berkamp, pires dan lain2 kata orang zaman kegemilangan arsenal la masa tu. aku pun baru berjinak-jinak minat bola. aku pun tak taula ape kejadahnya perempuan minat bola. tapi aku memang suka sukan. bersukan je kurang kah2.(kene paham molek tu)

Time nila arsenal xkalah langsung mase epl tu. pastu juara liga. dan aku pun rase dekat dengan arsenal mase tu. (macam lisa surihani cakap - kita rasa dekat dengan filem tu) lagipun aku suka wenger, perwatakan dia dan cara die mengendalikan pasukan masa tu sampai sekarang. yela sebab aku bandingkan dengan alex ferguson..erm.. no komen.

kenapa aku kata dekat dengan jiwa aku, sbb aku pernah cuba untuk jadi lalang yakni menjadi fan man u (choii) tapi tak dapat pulak. 
haha.
camne nak sokong team lain kalau perasaan masih dibayangi team asal. 
sebab tu orang cakap, cinta pertama susah nak lupa. 
tapi tu bab cinta manusia, ni bab cintakan bola jd tak payah nak kusut masaikan jiwa korang, setia je dengan ape yang korang sokong. tak yah nak jadi lalang sangat. jadi buah mangga pon sedap.

so, harap-harapnya arsenal akan terus mengecapi piala lain pulak, juara liga ke, liga juara-juara ke. pastinya awesome!

* pergi kerja pon semangat je rasa walaupun aku rase lately aku buat2 busy je dalam office tu* sigh



Saturday, 17 May 2014

Perubahan itu cabaran

Pesan pada diri

Jangan takut pada perubahan

Rasa diri selamat, mudah makan, mudah minum, tidur nyenyak di jaga keluarga
cuba keluar dari zon selesa

keluar mencari pengalaman baru di kota raya besar merupakan suatu perubahan yang besar.
Kadangkala kita rasa takut untuk cuba sesuatu yang jarang kita lakukan

sebelum ini pergi kerja menaiki motorsikal ke pejabat yang jaraknya hanya sekangkang kera dari rumah.
Tetapi sekarang, keluar rumah sebelum matahari muncul, menunggu bas di pinggir jalan, kemudian menaiki komuter dan akhir sekali LRT.

untuk apa?
Semua kerana sesuap nasi dan harga sebuah pengalaman yang tidak ternilai harganya.

Emosi dan perasaan di letak tepi seketika.
Wajah ibu dan ayah yang sentiasa berharap pulang tersemat di hati. Selalu dan tidak pernah hilang walau sesaat.

Langkah masih terhayun,
Kerana yakin, doa dan restu mereka mengiringi.
Lupakah kita, Restu Yang Maha Esa di raih dari mereka?

Tidak takut pada perubahan.